Memang menjadi perkara biasa di dalam ofis meraikan harijadi setiap pekerja. Kadang-kadang ada yang berkongsi duit untuk meraikan harijadi pekerja terbabit.
Namun, isteri mana yang tak berang kalau suami sendiri sanggup mengeluarkan duit untuk membeli kek hari jadi untuk wanita lain sedangkan ulangtahun harijadi isteri sendiri mahupun anak-anak tak pernah diraikan.
Ini yang terjadi kepada seorang wanita yang meluahkan perasaannya di dalam laman Facebook Kisah Rumah Tangga.
"Hari ini birthday birthday 'kerani' tu dan dia memuat naik sebuah status di FB berserta ucapan terima kasih kerana menyambut ulang tahun kelahirannya di pejabat.
"Dia tag nama suami dan kawan baik suami yang membeli sebiji kek Secret Recipe, piza dan KFC," tulisnya.
Memang panaslah si isteri ni kerana hari jadinya sendiri pun tak pernah dismabut macam tu sekali.
"Makan pakai anak bini pun terkadang tak terbeli, inikan pula nak sara kerani tu," tambahnya.
Dek kerana panas hati, kedua-dua wanita berkenaan bersemuka dengan kerani terbabit, malangnya kerani itu seperti langsung tidak rasa bersalah dengan apa yang dah berlaku.
"Dia senyum dan gelak-gelak, tapi tidak meminta maaf atau rasa bersalah, sebaliknya dia seolah-olah bangga sebab suami kami belikan dia makanan," tulisnya.
Namun reaksi diberikan oleh netizen sangat pelbagai. Malah ada yang menyifatkan tindakan tersebut adalah berlebihan. Berikut antara komen-komen netizen.
Sumber :- KRT
PLS SHARE JIKA IA BERMANFAAT
No comments:
Post a Comment