Peserta program popular Asia’s Next Top Model (ANTM) dari Malaysia, Alicia Amin menerima kritikan hebat dari netizen selepas memuat naik gambar kontroversi baru-baru ini.
Menurut mStar, Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin dikecam teruk di media sosial gara-gara tampil bergambar separuh bogel untuk sebuah laman sesawang bagi menjual pakaian dalam wanita.
Sesi fotografi tepi pantai itu dikatakan diambil di Melbourne, Australia pada tahun 2016 dan Alicia dilihat sedang menggayakan koleksi Victoria’s Secret.
Perkara yang lebih membuatkan orang ramai memberikan reaksi negatif kepadanya adalah kerana statusnya sebagai seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Namun, menurut model berusia 22 tahun itu, dia sudah biasa menerima segala kritikan sejak usianya 16 tahun lagi.
“Sejak berusia 16 tahun saya sudah berhadapan dengan situasi begini ketika memperjuangkan hak wanita dan pandangan peribadi.
“Kadang-kala industri mengharapkan kesempurnaan, namun kita harus berani mengambil langkah pertama untuk bermula. Sebab itu, saya sentiasa mahu melakukan yang terbaik dengan apa yang saya miliki.”
Model kacukan Melayu-Jerman yang juga merupakan pelakon tambahan drama Meh Sandar Lagi itu bagaimanapun meminta netizen untuk melihat kebaikan seseorang dan bukan hanya mencari kesalahan.
“Saya berharap netizen mencari ciri-ciri baik dalam seseorang dan bukannya mencari kesilapan.
“Mencari kesilapan orang lain tidak akan menjadikan mereka lebih bahagia. Saya tahu pandangan saya mungkin tidak sama dengan orang lain.
“Tetapi saya percaya kita hidup di negara yang mempertahankan hak kita untuk menerima semua budaya, bangsa, agama dan hidup bahagia antara satu sama lain.”
Terpulanglah kepada Alicia untuk menentukan jalan hidupnya. Semoga terus berjaya dan jangan lupa tanah air pula bila dah terkenal di luar sana!
PLS SHARE JIKA IA BERMANFAAT
No comments:
Post a Comment