Foto: udn.news-Taiwan |
Foto: udn.news-Taiwan |
PELIK Kerbau 117 Tahun Yg Nazak Tiba² Sihat & Kuat Makan Bila Lelaki Tua Ni Ada, Rupanya.. | Niu Niu merupakan seekor kerbau yang berumur 32 tahun iaitu bersamaan dengan 117 tahun usia manusia. Semenjak 26 tahun yang lalu, Niu Niu telah dipelihara oleh Liang Ping, 81 tahun dari daerah Yunlin, Taiwan.
Tetapi semenjak enam tahun yang lepas, kerbau yang selama ini telah berbakti kepada keluarga Liang kelihatan semakin lemah dimakan usia dan tidak mampu untuk bekerja lagi. Justeru, Niu Niu dibawa ke pusat kebajikan haiwan untuk berehat.
Pada suatu hari, pekerja di kandang haiwan tersebut melihat Niu Niu hanya terbaring di atas tanah. Keadaannya dilaporkan sangat teruk selain mengalami cirit-birit. Hal ini menyebabkan pekerja tersebut dengan segera bertindak menghubungi Liang bagi melaporkan keadaan tersebut.
Foto: udn.news-Taiwan |
Menyangkakan Niu Niu sudah kembali pulih, Liang pulang semula ke rumahnya. Namun begitu, pada malam tersebut, Niu Niu telah mati di dalam tidurnya. Punca kematian adalah disebabkan oleh kegagalan fungsi beberapa organ utama.
Berita tersebut sampai ke pengetahuan Liang yang kemudiannya segera pergi ke pusat kebajikan haiwan tersebut. Setibanya di sana, Liang menemui Niu Niu sudah terbaring kaku dengan tubuhnya diselimuti dengan kain berwarna kuning.
Tidak mampu menahan kesedihan, Liang dilihat menangis sambil membelai Niu Niu buat kali terakhir.
“Selama ini kau sudah cukup menderita, pergilah kau dengan tenang di alam sana”. Itulah kata-kata terakhir yang mampu diluahkan oleh Liang.
Lihat, haiwan juga mempunyai perasaan. Setelah hidup bersama selama lebih dua dekad, Niu Niu ternyata begitu menyayangi tuannya. Tindakannya yang tidak mahu tuannya melihat ia sedang menderita sakit begitu menghibakan kita semua terutamanya Liang.
Kerbau tua yang sangat berjasa ini akhirnya pergi setelah menabur bakti kepada keluarga Liang.
SUMBER :- sempoiviral
No comments:
Post a Comment