Monday, August 28, 2017

Pengguna internet berang apabila jawapan masalah matematik pelajar ini ditandakan salah oleh gurunya


Lihat sahaja soalan masalah Matematik pelajar gred tiga ini. Jawapannya benar tetapi entah sebab mengapa, gurunya menandakan jawapan itu sebagai salah. Apabila pengguna laman Reddit lihat perkara ini, mereka semua jadi agak berang!

Seorang pelajar gred tiga menjawab dua soalan dengan tepat iaitu: 5 x 3 = 15 dan 4 x 6 = 24. Namun, kedua soalan itu mendapat tanda salah!







Pengguna Reddit merasakan ianya sama ada guru atau soalan itu yang salah, dan bukannya pelajar itu. Oleh itu, sebuah debat di dalam talian telah berlaku. Apa yang anda rasa? Mari kita lihat soalan itu dengan lebih dekat.

Dalam kedua soalan, pelajar itu mendapat jawapan yang tepat. Tetapi pelajar itu juga disuruh untuk menggunakan strategi tambahan pengulangan dalam soalan 1 dan melukiskan set dalam soalan 2.

Untuk soalan 1, pelajar itu menjawab 5+5+5 tetapi guru itu menandakannya 3+3+3+3+3. Untuk soalan 2 pula, pelajar itu melukis 6 barisan nombor 4 tetapi guru itu menandakannya salah. Sebaliknya, guru itu melukis 4 barisan nombor 6.



Kedua-dua cara itu memberikan jawapan yang sama sahaja, namun kenapa ianya masih salah?

Menurut guru itu, dia hanya mengikuti metodologi yang telah distandardkan dan jelaslah bahawa pelajar itu salah.

Namun, ramai pula yang mempersoalkan sekiranya perlu metodologi sedemikian dalam menyelesaikan masalah? Ada yang merasakan perkara ini sangat tidak adil.



National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) di Amerika Syarikat berkata, sebahagian daripada apa yang mereka lakukan ialah untuk mengajar pelajar menjadi penyelesai masalah dan orang yang pandai berfikir – bukan hanya cuba mendapatkan jawapan betul.

Apa pula pendapat anda? Adakah anda rasa metodologi seperti itu perlu dalam soalan menyelesaikan masalah?



No comments:

Post a Comment