Sunday, August 13, 2017

PADAH UPDATE STATUS FB “BORINGNYA. HUSBAND OUTSTATION LAGI.. ADA NAK TEMANKAN ? !!!”


Berkenaan kes samun, rog#ol dan bunuh di merata2 tempat masa kini, saya Nurul nak mengambil kesempatan ini untuk berkongsikan beberapa tips keselam#atan di Face#book kepada anda sem#ua terutamanya kaum hawa. Ini tiada kaitan dengan kes2 yg terjadi namun saya hanya ingin berkongsikan juga kerana perkara2 dibawah mendorong kepada berlakuknya perkara2 jenayah yang memilukan kepada para isteri keseorangan di rumah.






1. KURANGKAN SELFIE

Kita tidak tahu jika selama ini setiap kali anda memuat naik gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Bila sudah lama, mere#ka jatuh cinta pada anda. Mereka juga telah berangan untuk ‘bersama’ dengan a#nda dan mahu menjadikan anda milik dia. Jangan kata mustahil, pada zaman ini manusia sudah menjadi semakin gila.

2. JANGAN ‘CHECK IN’ RUMAH SENDIRI

Tolong jangan check in alam#at rumah sendiri yang mendedahkan secara terperinci lokasi kediaman anda dengan tepat. Ini ker#ana pada bila-bila masa sahaja penjenayah boleh datang ke rumah anda.

3. JANGAN MUAT NAIK STATUS ‘BERSEORANGAN’ DI RUMAH

Sudahlah check in alamat kediaman sendiri, siap memberitahu satu dunia yang anda berseorangan di rumah.

“Boringnya, my husband out station lagi. Tinggal dengan anak bulus saja. Ada yang nak teman?”

Sebentar lagi ada yang benar-benar datang temankan baru nak menyesal bagai. Kalau yang jenis tak pernah check in pun pe#rlu elakkan beritahu yang anda berseorangan di rumah. Ini kerana ada rakan di luar alam maya yang tahu rumah anda dan bukan semua rakan yang kita kena#li baik orangnya.

4. JANGAN POST NOMBOR PENDAFTARAN KERETA

Ye, kereta itu atas nama awak, hasil titik peluh awak. Kalau nak muat naik gambar, sekurang-kurangnya tutup nombor pendaftaran. Bahaya sebab dari nombor pendaftaran kereta saja boleh tahu semua personal detail kita. Kalau info itu dapat pada orang jah#at? Lagi sadis.

5. JANGAN SIBUK NAK CHECK IN SEMUA TEMPAT YANG HENDAK DITUJU

Sampai di pejabat, check in ‘Tingkat 73 KLCC’. Lunch time, check in di ‘Kedai Mamak Belakang KLCC’. Habis k#erja pergi joging pun c#heck in, ‘Taman KLCC’. Nak bali krumah pun check in, ‘Jem di AKLEH’ sambil berselfie nampak muka cantik dan logo kereta ma#hal di stereng. Sampai di rumah check in lagi, ‘Sampai dah my home sweet home, No 38-4-7, Kondo Mewah, Jalan Orang Kaya, Kuala Lumpur’.





Bahaya gila. Lagi-lagi kalau status Facebook anda diset kepada public. Satu dunia boleh tahu pergerakan anda.

6. HADKAN APA YANG PERLU DIKONGSI DI FACEBOOK

Baru beli gelang emas lip la#p lip lap macam mami jarum, tak perlu muat naik di Facebook. Dapat bonus RM10,000, seeloknya jangan muat naik di Fac#ebook. Jangan terlalu mempamerkan kemewahan dan kekay#aan anda di Facebook. Bukan sebab tak mahu orang lain kata riak, itu isu lain. Tetapi ini adalah demi keselamatan anda dan sekeluarga.

Harap bermanfaat. Semoga kita semua dilindu#ngi dari perkara buruk dan kejahatan manusia. Harap isteri-isteri yang selalu suaminya oustation jangan la lagi update status FB, “boringnya husband outstation lagi” ye. Kesannya amat berbahaya. – FB Cik Puan Nurul

Kredit: Superkiram.

No comments:

Post a Comment