KEJAM…malang menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun apabila dia disimbah dengan air panas yang mendidih oleh rakan-rakan yang bermalam di rumahnya di New York.
Perbuatan menyimbah air panas itu merupakan sebahagian daripada trend di Facebook dikenali sebagai cabaran air panas.
Ia mengakibatkan Jamoneisha Merritt melecur dengan teruk hingga ada kulit mukanya yang tertanggal. Menurut keluarganya, rakan-rakannya merupakan kawan baik budak berkenaan.
Ketika kejadian, Jamoneisha sedang tidur. Rakan-rakannya itu menunggu sehingga dia tidur barulah mereka memasak air dan kemudian mengisi air dalam cawan sebelum dicurahkan ke muka, kepala dan leher Jamoneisha .
Dia kini masih ditempatkan di unit rawatan rapi di Harlem Hospital Center.
Sementara kawan-kawannya pula ditangkap polis.
Menurut ibu Jamoneisha, anaknya itu kini takut dan keliru dengan tindakan mereka yang dianggap sebagai kawan-kawannya.
“Dia sangat sedih dan emosinya terganggu. Dia tidak faham kenapa mereka melakukan padanya,’’ kata ibunya.
Sumber :- SuaraTV
No comments:
Post a Comment