Setiap kali ambil gambar ootd (Outfit Of The Day) berdiri, gigih cuba pose ikut tips untuk nampak kurus dan tinggi dalam gambar. Nampak kurus tu lagi penting ye sebab nampak tinggi orang tak kisah sangat.
Untuk nampak lebih kurus dalam gambar, kebiasaannya akan buat beberapa tips berikut:
1. Posisi senget
2. Bercekak pinggang
3. Satu kaki ke depan
Posisi satu kaki di lunjurkan ke depan adalah posisi yang paling win setakat ini. Antara gaya yang paling popular dan paling magik nampak kurus dalam gambar di abad ini. Rugi kalau kau orang tak mencuba tips yang dikongsikan oleh Shahira Sakri ni. Mudah je untuk aplikasi kan tips nampak kurus acah-acah seperti model.
Tips Nampak Kurus dan Tinggi Dalam Gambar
1. Letak hujung kaki di hujung camera anda, untuk nampak ilusi ootd lebih tingi atau berkaki galah.
2. Jangan letak hujung kaki jauh dari hujung camera sebab dikhuatiti akan memberikan ilusi kaki pendek atau kontot.Untuk lebih jelas, boleh rujuk pada gambar di bawah.
Nampak tak perbezaan antara dua gambar ini? Dengan menggunakan tips tersebut dalam gambar kedua nampak lebih kurus secara automatik.
Untuk yang kaki bergambar tu, sila lah amalkan jika nak nampak kurus dalam gambar samada ber ootd mahupun selfie. Sebenarnya banyak lagi tips yang berguna untuk nampak kurus.
Selain tips di atas, salah satu tips lain dengan memilih baju yang sesuai dari segi warna, corak dan fesyen. Kalau fesyen, warna dan corak yang tidak sesuai tetap tak boleh nampak kurus.
Jadi, paling penting pilih baju yang sesuai. Kemudian ikut cara posing dalam gambar di atas. Tadaaa, terus nampak kurus sekelip mata. Tapi dalam gambar aje lah.
Sumber : Azhafizah.com
No comments:
Post a Comment