Monday, August 7, 2017

Wow ‘Pedas’ Video Michael Ang, Perli Siapa Tu?



PENGARAH Michael Ang merupakan antara selebriti yang boleh dikatakan agak outspoken dengan perihal isu-isu semasa yang berlaku di kalangan artis tempatan.

Kalau dia rasa nak kritik, dia kritik je… Takde nak cover-cover punya…

Macam video yang dimuat naik dalam Instagramnya hari ini, Michael dan pelakon Sharifah Sakinah acah-acah berlakon satu scene dengan dialog seolah-olah mengecam seseorang yang kini sedang hangat diperkatakan media dan peminat industri hiburan.

Michael atau Mike menulis kapsyen, “Kisah benar! Mcm mcm set drama Malaysia ni! Nasib baik anak ayam aku ikut cakap! Kalau tidak tergantung shooting aku! Luv @sharifah_sakinah kerna sanggup jadi kambing hitam walaupun akan dikecam oleh netizen kalau cerita ni keluar! Sabar la nak untuk sesuap nasi! Pada org Singapore dan Sabah jgn lupa sokong drama kami!”


Pengarah itu memuat naik video tersebut sejurus selepas pelakon Afifah Nasir membuat sesi sidang media bagi menjelaskan kontroversi melibatkan dirinya dengan pasangan suami isteri Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Dalam sidang media itu Afifah ada mengeluarkan kenyataan mengatakan dia menjadi mangsa pihak produksi, Mahligai Serimas yang ingin Aliff hadir ke lokasi penggambaran drama lakonan mereka berdua, Izinkan Aku Mencintaimu.

“Apa yang berlaku sebenarnya hanya lakonan sahaja, pihak produksi yang meminta saya menjaga hubungan dengan Aliff agar dia datang ke lokasi penggambaran.

“Mereka memujuk dan menggunakan saya supaya Aliff datang lokasi dan memberi kerjasama berikutan penggambaran sepatutnya mengambil masa sebulan kini sudah lebih dua bulan kerana masalah disiplin Aliff. 

“Saya kesal kerana apa yang berlaku adalah rancangan bersama untuk memastikan penggambaran berjalan lancar. Tapi bila jadi perkara begini tiada seorang daripada mereka (pihak produksi) yang bercakap menyebelahi saya,” ujarnya memetik laporan sebuah portal berita.




Dalam sidang media itu juga Afifah turut memperdengarkan rakaman antara kakaknya Anzalna Nasir dengan seorang kru produksi tentang perkara berkenaan yang mendedahkan niat pihak produksi mempergunakan adiknya untuk melancarkan penggambaran.

Kiranya di sini Afifah menjelaskan bahawa dia merupakan mangsa keadaan apabila disuruh oleh pihak produksi untuk mendekati Aliff agar selebriti kelahiran Singapura itu hadir ke lokasi penggambaran memandangkan Aliff sebelum ini dikenali sebagai artis yang mempunyai masalah disiplin.

Aliff sebelum ini dalam sidang media yang dilakukan minggu lepas mengakui dia berlaku curang terhadap isterinya dan menuntut Afifah turut sama memohon maaf di atas perkara terbabit.

Kisah kontroversi di antara Alif-Bella-Afifah mengegarkan industri hiburan apabila Aliff dan Afifah ditangkap berdua-duaan oleh Bella di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras.

Susulan itu, telah berlaku sedikit pergelutan sehingga menyebabkan Bella cedera di hidung dan kakinya, satu laporan polis telah dibuat Bella berikutan insiden itu sehingga Aliff dimasukkan ke dalam lokap selama dua hari sebelum dibebaskan di bawah jaminan pihak polis.

Sumber :- mynewshub.cc

No comments:

Post a Comment