Friday, August 11, 2017

Dato' Sri Vida Terkejut Murid Tulis Jawapan Lagu I Am Me









Satu posting gambar jawapan lagu I Am Me di buku latihan seorang pelajar menjadi tular di media sosial.

Perkongsian Usahawan Selebriti, Datuk Seri Vida di laman Instagramnya itu ternyata menarik perhatian ribuan pengikutnya.

“Betul ke ada macam ni dalam buku latihan? Miewww..,”tulisnya yang tidak mempercayai ada pelajar yang sanggup menulis jawapan mengambil contoh lagu yang dinyanyikannya itu.

Rata-rata netizen melahirkan perasaan geli hati dengan jawapan yang ditulis pelajar itu.

Ada yang menyifatkan lagu I Am Me sebagai ‘berhantu’ kerana di peringkat lapisan umur turut terkesan dengan lagu ‘catchy’ itu.

Terdahulu, fenomena menarik telah berlaku dalam industri muzik apabila lagu nyanyian Vida berjudul ‘I Am Me’ dikatakan berhantu malah beberapa parodi turut dihasilkan daripada lagu tersebut.

Sumber :- SuaraTV


No comments:

Post a Comment