Thursday, August 10, 2017

Ummi Nazeera kena kecam gelek lagu alelluya dalam majlis resepsi pernikahan



Ummi Nazeera kena kecam gelek lagu alelluya dalam majlis resepsi pernikahan|Pada bulan lalu pelakon Ummi Nazeera selamat diijabkabulkan dengan pasangan Mohd Izzar dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup. Majlis resepsi pula telah berlangsung pada sabtu lalu.



Apa yang menarik perhatian netizen ialah satu persembahan tarian semasa majlis tersebut berlangsung. Kenapa tak best ke? Atau terlalu keterlaluan?



Video yang dikongsi di Facebook dan Twitter itu menyaksikan Ummi Nazeera dan pasangan menari sambil diiringi penari lain. Ramai yang menganggap ianya sebagai satu persembahan yang kurang elok dan tidak sopan untuk majlis perkahwinan.



Selain itu pemilihan lagu semasa persembahan itu juga turut dipertikai kerana liriknya yang mengandungi perkataan yang sering digunakan dalam acara keagamaan.





Sumber :- eberita

No comments:

Post a Comment