Biasalah kalau nama pun bercinta semuanya indah, sampaikan salah diri sendiri pun tak nampak. Sendiri buat salah tapi orang pula yang kena. Ada ke patut?
Menurut World Of Buzz, itulah yang berlaku di Hebei, China, apabila sepasang kekasih mempamerkan kemesraan mereka dengan bercumbu-cumbuan di atas bas hinggakan ia mengundang ketidaksenangan orang ramai. Atas bas pun sempat kan?
Sumber: Chinapress |
Sumber: Wikipedia |
Encik tahu tak cara pemanduan encik telah menyebabkan saya tergigit bibir teman wanita saya sehingga berdarah? Macam mana encik memandu ni? Sekarang beritahu saya, apa saya patut buat?”
“Jika bukan kerana pemanduan encik yang cuai itu, teman lelaki saya tidak akan tergigit bibir saya. Ini semua salah encik dan encik perlu bertanggungjawab untuk ini,” ujar si teman wanita pula sambil memegang tisu dibibirnya.
Mereka berdua cuba meminta pampasan dan bayaran bil hospital dari pemandu tersebut kerana menganggap ianya salah si pemandu bas. Salah diri sendiri kenapa pula pemandu bas yang nak tanggung?
Mujur saja pemandu bas tersebut berfikiran waras dan tidak melayan permintaan merepek mereka. Diri sendiri yang nak bercumbu kat tempat awam, diri sendiri la yang tanggung. Tak gitu?
Sumber :- lobakmerah
No comments:
Post a Comment