Kita sering mendengar tentang penganiayaan gadis-gadis muda setiap hari. Kerana kelemahan mereka, gadis-gadis muda ini menjadi mangsa lelaki yang lebih kuat atau mempunyai kuasa ke atas mereka.
Banyak kes melibatkan pencabulan dan rogol berlaku di rumah, di mana kanak-kanak sepatutnya dijaga dengan selamat.
Cerita ini telah berlaku ke atas seorang kanak-kanak perempuan yang telah diambil sebagai anak angkat sebuah keluarga. Tetapi, apa yang dialami kanak-kanak ini semasa di bawah jagaan keluarga tersebut hanyalah trauma.
Di dalam Stesen Kereta Api Nanjing Selatan, seorang lelaki kelihatan sedang meramas dada kanak-kanak perempuan ini.
Lelaki tersebut memangku budak perempuan malang itu; memasukkan tangan ke dalam baju sambil meramas buah dada adik angkatnya.
Ketika kejadian berlaku, mereka sedang duduk bersebelahan dengan ibu bapa mereka. Bagaimanapun, tanpa disedari oleh lelaki tersebut, perbuatan jijiknya itu telah ditangkap oleh kamera.
Siri gambar yang mengejutkan media sosial China itu, menyebabkan rnetizen China begitu kecewa dan jijik. Ramai yang cuba untuk memburu lelaki tersebut, tetapi identiti beliau tidak didedahkan.
Menurut maklumat yang diterima daripada polis kereta api Nanjing, lelaki di dalam gambar tersebut telahpun ditangkap.
Polis menambah, lelaki itu berusia sekitar 20 tahun, sementara kanak-kanak yang menjadi mangsa itu berusia kurang daripada 14 tahun.
Menurut laporan lagi, kanak-kanak itu telah dijadikan anak angkat oleh keluarga berkenaan. Maklumat lanjut tentang kanak-kanak tersebut dirahsiakan dari orang awam untuk menyembunyikan identitinya.
Sumber :- seratdunia.com
No comments:
Post a Comment