Setibanya sahaja dia di rumah dari tempat kerja, Syarifah Wahida Al-Yahya disambut oleh suaminya yang kelihatan memegang kamera untuk merakamnya.
"Sayang, jom main Explorace Cinta." kata si suami.
Video 10 minit yang merakamkan aksi Syarifah Wahida bermain permainan singkat itu menjadi viral di media sosial kerana idea riadah yang sangat ringkas serta kemanisan pasangan tersebut.
"Balik keje harini ade orang wat suprise main Explorace Cinta pulak.. hahaha takde keje sungguh. Dapat pulak hadiah anniversary benda yg dah LAMA nak beli, tapi belum mampu. " tulis Syarifah.
Difahamkan, permainan itu diadakan oleh sumai Syarifah bagi menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka. Lebih manis, hadiah untuk explorace itu dibuat sendiri oleh suami Syarifah dan merupakan hadiah idamannya sejak dahulu lagi.
"Last2 dia buatkan sendiri.. Terharunya.. Tq husband.. Lepas ni dah boleh live make-up mcm Bellaz.! Haha 🤣"
Tonton video itu dibawah:
Permainan Explorace Cinta ini bukan sahaja mengujakan malah, mudah sahaja untuk dibuat selain hanya memakan masa yang singkat.
Jadi, kepada suami atau isteri yang mahu buat 'extra suprise' untuk pasangan tu, bolehlah cuba main Explorace Cinta ni!
No comments:
Post a Comment