Sunday, August 27, 2017

"Ingatkan minum air, rupa-rupanya budak itu makan maggi dalam...."


Sekeping gambar yang dimuat naik seorang lelaki di Facebook baru-baru ini tular apabila ramai netizen tersentuh hati selepas mendapat tahu kisah disebaliknya.

Sukarelawan yang juga pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Thirdforce, Raja Shamri Raja Husin baru-baru ini telah berkongsi gambar dan kisah tentang seorang remaja lelaki yang ditemuinya ketika berada di Pasir Puteh, Kelantan.



Menurut perkongsian itu, Raja Shamri atau lebih dikenali sebagai Adi dikatakan baru sahaja selesai menunaikan solat asar di Masjid Besar Pasir Puteh. Ketika mengorak langkah keluar dari masjid itu, dia ternampak seorang remaja lelaki yang sedang duduk sambil meminum air dalam bekas plastik kolah masjid berkenaan.

Namun, apabila didekati, hatinya tersentuh dan menurutnya keadaan remaja itu menggambarkan hakikat sebenar kehidupan rakyat ‘terbawah’ di negara ini.

“Ingatkan minum air rupa-rupanya budak itu sedang makan maggi dalam bekas tersebut. Saya tanya kenapa tak masak makan di rumah. Dia diam sambil tertunduk.”







Adi kemudian bertanya jika remaja itu sudah makan nasi atau belum dan ternyata lelaki tersebut belum menjamah apa-apa sejak sesi persekolahan pagi itu bermula.

“Entah dia dapat maggi dari mana pun saya tak tahu. Katanya dia ke masjid untuk solat dan kerana di situ disediakan mesin air sejuk dan panas.”

Meskipun masih panas, remaja itu dikatakan tetap menghirup kuah mi segera dalam bekas plastik tersebut. Kesiannya, dia lapar sangat tu.

“Nampak sangat kelaparan sungguh budak ini. Sebelum meninggalkannya, saya tinggalkan RM10 untuk dia beli nasi bawa balik rumah.”

Sambil bergenang air mata, remaja itu menerima duit yang dihulurkan Adi. Dia sempat memberitahu Adi bahawa dia merupakan anak sulung daripada empat adik beradik yang datang dari keluarga yang susah.

Netizen yang membaca perkongsian itu rata-rata menceritakan pengalaman dan berkongsi rasa sedih mereka di atas keperitan yang dilalui remaja berkenaan.

“Pernah sekali selepas solat di masjid saya terserempak dengan seorang lelaki dewasa duduk bersila di tepi kolah sambil tangan menekup muka. Saya tahu dia ada masalah.”

“Allahuakbar sedihnya. Semoga dilimpahkan rahmat dan rezeki buat adik ini dan seluruh keluarganya.”

“Terbayang andai itu anak kita. Semoga Allah mudahkan urusan adik ini sekeluarga. Semoga berjaya dunia akhirat.”

Adi mengakhiri perkongsian itu dengan memberitahu bahawa dia sempat menasihati remaja berkenaan supaya menjadi anak yang baik dan belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi orang yang berjaya.

Setiap orang lalui keperitan dan kesusahan hidup yang berbeza. Apa apa pun, sebagai manusia, hulurkanlah sedikit bantuan mengikut kemampuan masing-masing.

Sumber :- lobakmerah




No comments:

Post a Comment