Monday, August 7, 2017

Anak Patung Puaka Mengganas Lagi, Cakar Tuan



ANAK patung `puaka’ yang menghantui pemiliknya sebelum ini, kini kembali `menyerang’. Anak patung itu dikatakan menghantui pemilik barunya selepas ia dibeli dari eBay.

Patung puaka itu dikatakan menyebabkan alat penggera api berbunyi manakala rantai di lehernya beralih dengan sendiri. Pemilik lamanya, Debbie Merrick turut mengalami calar di tangan.

Pemiliknya barunya, Lee Steer, dari Rotherham, South Yorkshire, berjaya memiliki anak patung puaka itu pada harga RM4,800 selepas membidanya di eBay.






Namun selepas dua hari anak patung itu sampai di rumah yang didiami bersama ibu bapanya, Paul dan Amy Steer, ia kembali mengganas.

Tangan bapanya bercalar iaitu keadaan sama yang berlaku kepada pemilik anak patung puaka itu sebelum ini.

“Bapa saya berada di tingkat bawah pada pagi itu dan seperti biasa anak patung itu masih dalam bungkusan. Dia kemudiannya mendengar bunyi bising dalam hutan, iaitu bunyi yang luar biasa.

“Kemudian kita dia sedang melihat semula siaran ulangan live streams antara anak patung itu dengan saya, tangan ayah saya tiba-tiba sakit.

“Bila dia selak lengan baju, terdapat enam cakaran di tangannya,” katanya.

Menurut Lee, susulan kejadian itu, bapanya tidak suka anak patung berkenaan berada di dalam rumah mereka.

Lee sendiri turut mengalami kejadian aneh seperti gambar yang digantung di dinding terjatuh dengan sendiri dan apabila lampu dibuka, imej dalam gambar itu tiba-tiba hilang.

“Ketika saya melakukan live streaming bersama anak patung itu, kira-kira 35,000 orang menyaksikannya dan saya dimaklumkan oleh beberapa orang yang menghubungi saya memberitahu mereka melihat matanya bergerak,” katanya.

Sementara itu, Debbie, 50, berkata, dia tidak terkejut apabila mendengar cerita aneh berkenaan.

“Sejujurnya saya gembila patung itu keluar dari rumah saya. Mengejutkan apabila Lee memaklumkan kepada saya mengenai apa yang menimpa bapanya,” katanya.



Sumber :- mynewshub



No comments:

Post a Comment