Sebelum ini nama suami Adira Suhaimi hangat diperkatakan apabila digosipkan bersama seorang pelakon baru Ruhainies.
Dan baru-baru ini, memetik dari Mstar Online, Datuk Red mengakui pernah menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon wanita bernama 'N'. Namun, ianya sudah berakhir selepas diketahui oleh isterinya, Adira.
"Ya, betul cerita tu, saya memang ada berkawan dengan seorang pelakon wanita tapi hubungan tersebut sudah diketahui Yayang (Adira) selepas pelakon itu sendiri bocor rahsia.
"Pada awalnya dia janji tak mahu kecoh-kecoh, tapi dia pula yang bagi tahu Adira. Memang kena marahlah saya. Mungkin juga ada kehendak dia yang tak saya turuti,"
Menurut Datuk Red, dia tiada perancangan untuk berkahwin kali ketiga bersama artis berkenaan tetapi hanya untuk berkawan sahaja.
Datuk Red dan Adira berkahwin di Songkhla pada 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata. Sebelum ini, Datuk Red berkahwin dengan Datin Sharifah dan mempunyai tiga orang anak.
Sumber :- kakishare.my
Artikel menarik - 'Tak sangka lelaki yang aku tatang macam minyak yang penuh sanggup pukul aku sampai lebam' - Gadis kongsi pengalaman bercinta dengan lelaki tak guna
No comments:
Post a Comment