Monday, August 7, 2017

Silap Saya Benarkan Aliff Pegang Tangan Di Premis Karaoke Itu – Afifah Nasir



Akhirnya, setelah sekian lama berdiam diri, Afifah Nasir telah tampil memberi kenyataan berkenaan kontroversi yang melanda dirinya. Apa-apa pun Abang Nara respek kepada Afifah kerana memohon maaf terhadap Bella Astillah kerana membenarkan Aliff Aziz memegang tangannya di pusat karaoke tersebut. Afifah juga turut menegaskan yang dia tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap Aliff Aziz.

Kata Afifah Nasir:-




Saya mohon maaf atas apa yang berlaku. Sejujurnya, saya tiada hati terhadap Aliff. Saya juga faham perasaan Bella sebagai isteri dan ibu yang baru melahirkan anak. Saya tidak pernah menyalahkannya. Silap saya hanya kerana membiarkan tangan saya dipegang Aliff di premis karaoke itu. Saya tidak salahkan Bella dalam hal ini kerana sebagai wanita sudah tentu dia marah. Saya minta maaf dan bersetuju untuk tidak mendekati keluarganya


Setiap manusia melakukan kesilapan. Yang penting ialah kita belajar daripada kesilapan dan tidak mengulanginya lagi. Paling utama Afifah sudah memohon maaf kepada Bella kerana melukai hati seorang wanita lain. Semoga ini menjadi pengajaran yang berguna kepada Afifah dan juga semua wanita di luar sana. 

Sumber Berita Harian.


No comments:

Post a Comment