Monday, August 28, 2017

Dicadang Netizen Jadi Pengulas Final Bola Sepak, Ini Respon Bront Palarae


Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Along Pinot, memberi cadangan agar pelakon Bront Palarae dijadikan sebagai pengulas dalam final bola sepak sukan SEA yang bakal berlangsung.

Along memuat naik status yang mencadangkan agar Bront Plarae diambil sebagai pengulas selepas pasukan Malaysia berjaya mara ke final dan menerima lebih 30,000 retweet.

Bront Palarae pernah membawa watak Rahman, seorang pengulas sukan dalam filem Ola Bola yang ditayangkan pada tahun 2015 dan lakonannya itu menerima pujian dari rata-rata penonton.

Menerusi watak itu, Bront pernah dianugerahkan trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Anugerah Pengkritik Filem Kuala Lumpur.







Sehingga kini ramai yang mengingati ungkapan dan jeritan 'gol' penuh semangat Rahman dalam filem berkenaan.

Bagaimanapun, Bront Palarae mengakui menjadi seorang pengulas sukan bukanlah perkara yang mudah.

Bront Palarae pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik ASEAN International Film Festival (AIFFA) 2015 menerusi filem Terbaik dari Langit. Pelakon popular ini menganggap cadangan itu tidak lebih sekadar pujian terhadap lakonannya lapor mStar Online.

"Rasanya tidak logik untuk saya menggalas tugas itu. Ia bukan bidang saya, lagipun kita sudah memiliki ramai pengulas sukan yang bagus," katanya.

Sumber- Astro Awani


No comments:

Post a Comment