Pengarah drama Izinkin Aku Mencintaimu, Mansor Akob menafikan dakwaan pelakon Afifah Nasir yang kononnya dipergunakan pihak produksi untuk melayan karenah Aliff Aziz bagi melancarkan penggambaran drama tersebut.
Menjelaskan perkara tersebut, kata Mansor pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan seperti yang didakwa adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu.
“Kami hanya cakap-cakap kosong di kalangan kami tapi itu bukan perancangan pihak produksi pun. Tiada arahan untuk menyuruh mereka rapat.
“Soal masalah di set adalah perkara normal, mana-mana produksi juga mengalami yang sama. Tetapi kedua -dua mereka tetap memberikan komitmen yang baik sepanjang penggambaran,” katanya ketika ditanya Utusan Online.
Sementara itu insiden “karaoke” yang melibatkan pergelutan antara Aliff dan isterinya Bella Astillah yang didakwa Afifah merupakan perancangan produksi juga di luar pengetahuan Mansor. “Saya tidak tahu soal karaoke. Macam saya cakap tadi bincang seperti di kedai kopi tidak ada arahan,” katanya lagi.
Terdahulu, menerusi sidang akhbar yang diadakan oleh Afifah Isnin lalu, adik kepada pelakon Anzalna mengakui insiden di pusat karaoke berkenaan merupakan urusan kerja.
Malah Afifah menjelaskan itu adalah perancangan yang diatur pihak produksi bagi melancarkan proses penggambaran.
Bagaimanapun kenyataan Afifah disangkal oleh Aliff dan Bella dan menyifatkan ia tidak masuk akal.
Dalam mendapatkan gambaran sebenar mengenai perkara ini, sekumpulan wartawan sudah berkumpul di set penggambaran Izinkan Aku Mencintaimu yang di bintangi oleh Aliff Aziz dan Afifah Nasir.
Sumber : utusan.com
No comments:
Post a Comment