JIANGSU, CHINA - Viral di media sosial negara China video seorang wanita yang menanggalkan pakaiannya sehingga berbogel di khalayak ramai di sebuah pusat beli-belah, lapor Shanghaiist.
Menurut saksi, wanita yang tidak dikenali identitinya itu terserempak dengan bekas suaminya di pusat beli-belah itu. Lelaki itu kemudian terus meluru ke arahnya dan menampar mukanya.
"Telefon bimbit yang awak pegang, pakaian yang awak pakai itu semua adalah saya yang belikan untuk awak!" kata lelaki itu.
Secara tiba-tiba wanita itu membuang telefon bimbitnya ke lantai sebelum mula menanggalkan pakaiannya di tengah-tengah pusat beli-belah tersebut.
Video yang dirakam oleh saksi menunjukkan wanita itu menanggalkan baju, seluar dan seluar dalamnya di hadapan beberapa pengunjung yang lain.
Pada ketika itu, bekas suami cuba menghalang wanita itu dari menanggalkan baju dalamnya. Namun, gagal berbuat demikian selepas wanita itu dilihat tanpa seurat benang sedang menunggu pintu lif terbuka.
Dua orang wanita kemudian segera menghampirinya dan mengembalikan semula pakaiannya yang telah ditanggalkan tadi untuk dipakaikan semula.
Sumber :- thereporter
No comments:
Post a Comment