Dalam ni saya ceritakan cara berhenti onani. Tapi sebelum tu saya nak tanya. Anda serius nak berhenti buat semua tu?
Kalau serius, dah tengok kesan tengok gambar lucah dan onani? Dalam tu anda boleh tahu kesan-kesannya ke atas diri anda.
Ya, ada juga perempuan yang menonton video dan gambar lucah serta melakukan onani. Tapi, jangan bimbang, tip-tip yang saya berikan di bawah ini boleh diaplikasikan kepada perempuan ataupun lelaki.
Dah sedia nak tahu apa yang anda boleh buat untuk berhenti tengok gambar lucah?
Itu sebabnya anda di sini kan? Jom kita mulakan.
Cuba perasan apa yang anda sedang fikirkan semasa anda teringin nak onani
Cuba perhati apa yang sedang bermain di dalam fikiran sebelum anda melakukan aktiviti ini.
Apa yang sebabkan anda nak buat onani?
Apabila anda dah tahu apa yang bermain di dalam fikiran anda, anda akan tahu apa yang merangsang untuk anda melakukan aktiviti itu.
Dan bila anda dah perasan apa yang menyebabkan anda mula membuka laman web lucah, anda akan tahu bila masanya anda perlu beredar daripada berada di hadapan komputer.
Ya. Elakkan diri daripada berada di hadapan komputer ataupun keadaan yang menyebabkan anda mula melayari laman web lucah.
Tutup pelayar Internet anda dan buat aktiviti lain. Jika anda seorang diri dalam rumah, pergi ke luar rumah Pergi jalan-jalan. Pergi berjoging. Ataupun buat aktiviti yang mengeluarkan peluh.
Kajian menunjukkan senaman mempunyai kesan positif dengan mengeluarkan dopamin dan senaman berterusan boleh menyebabkan penaikan berterusan dopamin dan penyesuaian yang lain dan ini akan mengubah litar ganjaran di dalam otak.
Apa yang bermain dalam fikiran anda adalah perkara paling penting sekali. Tapi jangan lupa yang luaran pula…
Beri perhatian kepada penampilan diri anda.
Ada sebab kenapa penampilan boleh membantu anda berhenti. Bagaimana anda mencerminkan diri anda kepada orang lain?
Apa yang orang fikir bila orang tengok anda?
Cuba pakai pakaian yang bersih, cool, buat stail rambut yang kemas, cukur mana patut, pastikan postur badan anda berada dalam postur yang betul dan relaks semasa bertemu dengan orang. Apa kaitannya?
Apabila penampilan anda menarik, anda akan berasa lebih konfiden dan lebih senang untuk anda berinteraksi dengan orang.
Salah satu objektif penting yang boleh dicapai setelah berhenti aktiviti-aktiviti ini ialah anda boleh mencari aktiviti lain untuk menggantikan masa yang sekarang anda dah ada selepas tidak melakukan aktivit-aktiviti ini.
Selain tu, lebih mudah untuk anda berjumpa orang di luar sana. Bila konfiden jumpa orang, lebih senang anda berinteraksi.
Cuba jadi seorang yang menarik
Dengan kata lain, anda boleh cuba membina personaliti magnet. Tarik orang ke arah anda.
Anda boleh baca buku seperti How to Win Friends and Influence People (juga sudah dialih bahasa ke bahasa Malaysia) untuk lebih tahu bagaimana untuk menjadi orang yang menarik perhatian.
Orang yang menarik ini selalunya orang yang sering memberi semangat kepada orang di sekelilingnya. Orang yang menarik ini selalunya cuba memotivasikan orang selain dirinya sendiri.
Orang akan tertarik dengan orang yang berkeyakinan dan mereka akan mahu menjadi kawan.
Peluang anda untuk berkenalan dengan lebih ramai wanita juga lebih tinggi. Mereka akan tertarik kepada anda tanpa perlu cuba menarik perhatian mereka. Anda hanya perlu menjadi diri anda sendiri.
Mulakan perjalanan self-improvement (penambahbaikan diri) anda
Apabila anda membaiki diri anda, anda akan menarik lebih banyak perkara positif lain. Seperti yang saya kata dalam poin sebelum ini: anda akan menjadi magnet. Magnet positif.
Baca buku-buku yang menaikkan semangat anda. Cuba tolong orang.
Cuba jadikan diri lebih baik setiap minggu. Jika anda 1% lebih baik setiap minggu, dalam setahun, anda sudah 52% lebih baik daripada tahun sebelumnya. Tabiat positif ini akan meningkatkan mood dan perasaan anda.
Anda akan lebih yakin. Gembira. (Sangat banyak buku yang boleh anda baca untuk menjadi lebih baik).
Dan selepas itu, keyakinan diri anda akan menjadi sangat tinggi sehingga keyakinan anda sendiri akan meningkat dan anda akan berasa segalanya tidak mustahil dalam dunia ini.
Jangan bimbang!
Saya pasti akan ada keinginan untuk relapse (kembali kepada tabiat dahulu) terutama sekali apabila sudah biasa melihatnya. Anda sudah menjadikannya sebahagian daripada tabiat harian anda apabila anda kesunyian.
Jika anda gagal berhenti, jangan rasa teruk sangat dan cuba lagi. Setiap hari ialah hari yang baharu.
Perjalanan tak semestinya mudah. Kadang-kadang ada juga lubang di atas perjalanan anda untuk menambah baik diri anda.
Anda perlu berdepan dengan cabaran ini dengan memikirkannya sebagai cabaran untuk anda meningkatkan kemampuan diri.
Anda perlu menakluk syaitan di dalam diri anda untuk menang. Hidup ini kita hidup sehari-sehari dan bukannya satu penamat kalau anda kalah sekali. Cuba sekali lagi.
6. Jangan fokus untuk berhenti… fokus pada aktiviti yang boleh anda lakukan
Cuba fokus untuk melakukan aktiviti bermanfaat yang boleh dilakukan. Jangan fikir untuk jangan melancap ataupun melihat video lucah. Jangan fikir tu. Arahkan fikiran anda ke arah yang lain.
Fikir apa aktiviti yang boleh anda buat hari ini supaya anda tidak ada masa pun nak buat aktiviti-aktiviti negatif tersebut. Bersenam, bersukan, dan macam-macam lagi aktiviti yang boleh anda lakukan.
Pada permulaan mungkin akan sukar untuk anda berhenti. Anda mungkin kembali kepada tabiat lama anda.
Tapi anda kena berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. Bila anda sudah berhenti melakukan aktiviti-aktiviti ini, anda akan melihat kesannya.
Kesan-kesan Selepas Berhenti Tengok Video Lucah dan Berhenti Melakukan Onani
Hasil daripada aktiviti-aktiviti produktif yang anda buat setiap hari, anda akan dapat melihat pelbagai kesan sampingan yang baik untuk diri anda.
Dan akhirnya anda akan menjadi seorang lelaki yang lebih baik… lelaki yang mampu untuk mengawal nafsunya dan boleh melakukan pelbagai perkara baharu kerana anda telah menggantikan tabiat negatif anda dengan tabiat yang lebih baik.
Untuk seorang perempuan, apabila anda dah berhenti melakukan benda-benda ni, anda akan nampak sesuatu perbezaan.
Sesuatu yang lebih elegan akan menjelma. Saya pernah baca ada perempuan yang rasa nilai dirinya seperti semakin tinggi selepas berjaya menakluki nafsunya sendiri.
Anda akan dapat menikmati lebih banyak nikmat dunia. Anda tidak perlu lagi bergantung harap kepada onani ataupun gambar sebegitu untuk merasa puas.
Benda mudah pun boleh menjadikan anda gembira seperti berjalan-jalan seorang diri ataupun melihat awan perlahan-lahan bergerak di langit.
Anda akan berjumpa dengan wanita yang layak mendapat anda. Wanita yang melihat diri anda yang baharu dan menyukai nilai-nilai yang baharu yang anda tonjolkan di dalam diri anda selepas anda berjaya mengawal diri anda.
Tidak terlambat lagi untuk anda berhenti onani.
Baca cara berhenti onani yang saya letakkan di dalam ini. Tak kira umur anda berapa. Anda boleh baiki diri anda dan mewayarkan semula sel-sel di dalam otak anda supaya berfungsi seperti biasa.
Apabila anda menggantikan semua tabiat negatif (melancap, tengok TV berlebihan, internet, main game, merokok, makan makanan ringan dan sebagainya) dengan tabiat yang lain…
Anda boleh membina tabiat positif seperti berlari setiap hari, mengangkat berat, makan makanan yang sihat (kurangkan gula dan makanan diproses), bercakap dengan orang baharu, buat benda baharu, main instrumen (gitar, piano), membuat aktiviti di luar rumah, belajar perkara baharu, membaca lebih banyak bahan bacaan, kenali peluang yang ada di luar sana dan hidup kehidupan anda sehidup-hidupnya yang anda mahukan.
Sumber - taikotai
No comments:
Post a Comment