Friday, August 11, 2017

Buah Seacbuckthorn Selamatkan Wajah Kanak-Kanak Ini



Akibat yang tidak sengaja oleh keluarganya yang sedang menjerang air , periuk tersebut jatuh ke atas kepala kanak-kanak malang tersebut.

Bagi memulihkan kanak-kanak tersebut Keluarganya terus membawa kanak-kanak malang itu ke hospital dengan  membayar kos rawatan sebanyak 1,000 yuan atau lebih kurang 6 ribu lebih.

Menurut pihak hospital, kanak-kanak itu perlu dirawat di hospital sekurang-kurangnya 20 hari dan akan meninggalkan kesan parut di wajahnya.

Jika itulah kenyataannya, berkemungkinan besar masa hadapan kanak-kanak ini hancur!

Hal ini kerana, ia akan memberi kesan yang besar kepada kanak-kanak ini apabila dia mahu mencari perkerjaan atau berkahwin.

Pilu apabila melihat gambar kanak-kanak yang melecur tersiram air panas ini






Baru-baru ini, ada rakan yang memberitahu ibu bapa kanak-kanak ini tentang khasiat sejenis buah luar biasa yang bernama Seabuckthorn.

Buah Seabuckthorn atau nama saintifiknya, Hippophae Rhamnoides telah disahkan mengandungi 190 jenis nutrien aktif seperti Vitamin A, B1, B2, C, D, omega, asid folik dan banyak lagi.

Rakan ibu bapa kanak-kanak ini mencadangkan supaya mencuba mengubati anaknya dengan buah Seabuckthorn itu.

Namun begitu, ketua hospital mengatakan adalah mustahil untuk menemui ubat yang lebih berkesan daripada ubat hospital.

“Jika ada, saya akan menggadaikan seluruh hospital ini,” kata ketua hospital.

Walaupun masih ragu-ragu, namun ibu bapa kanak-kanak ini tetap mahu mencuba merawat anaknya dengan menggunakan buah Seabuckthorn.

Mereka terus meminta kebenaran daripada pengarah hospital supaya dapat membawa keluar anaknya dari hospital.


Leher kanak-kanak ini dibalut dengan kain kasa dan olesan ubat dari hospital. Nampak begitu menyakitkan dan pedih!


Pada 4 Disember 2014, kain kasa yang membalut lehernya dibuka sebaik sahaja pihak hospital membenarkannya pulang ke rumah


Pada 5 Disember 2014, kanak-kanak ini mula dirawat dengan buah Seabuckthorn


Selang 2 hari kemudian iaitu pada 7 Disember 2014, sudah mula nampak perubahan. Kelihatan kulit muka kanak-kanak ini sudah pulih sedikit


Pada 10 Disember 2014, kulit dan luka di lehernya juga bertambah pulih!


Pada 11 Disember 2014, nampak hampir seluruh kulit di wajahnya sudah pulih! Perubahan ketara dalam masa seminggu sahaja!


Tidak dapat dibayangkan bagaimana nasib kanak-kanak pada masa hadapan jika mereka tidak berjumpa dengan buah Seabuckthorn. Khasiat daripada buah ini telah menyelamatkan kehidupan kanak-kanak ini.


Antara khasiat buah Seabuckthorn ialah ia dapat memulihkan kesan terbakar atau parut melecur jika tersiram air panas!






Selain daripada itu, ia juga dapat merawat masalah kulit seperti mencantikkan kulit dan menghilangkan jerawat, meningkatkan kesihatan jantung, meningkatkan dan menguatkan sistem-sistem saraf badan dan banyak lagi.

Buah Seabuckthorn merupakan salah satu tumbuhan yang tertua di bumi berusia lebih dari 200 juta tahun.

Walaupun buah Seabuckthorn tumbuh secara meliar namun ia tidak bertoksin, tidak berbahaya malah kaya vitamin.

Ia juga merupakan tumbuhan tahan angin, batangnya tumbuh ke atas dengan duri yang panjang, kerana itu ia juga disebut sebagai duri asam atau duri hitam.

Selain itu juga, Seacbuckthorn merupakan buah yang paling masam di dunia. Ia mengandungi vitamin C-nya 8 kali melebihi kandungan vitamin C yang terdapat dalam buah kiwi.




Sumber: Beautieslife via karyahati

No comments:

Post a Comment