Monday, August 7, 2017

Dua Adik Beradik Sanggup Jalan Kaki Dari Sungai Buloh Ke Bukit Jalil Kerana Rindukan Emak



Demi kasih sayang seorang ibu, dua kanak-kanak ini sanggup berjalan kaki dari Sungai Buloh ke Bukit Jalil. Tanpa menghiraukan keselamatan diri, dua budak lelaki yang berusia lapan dan 10 tahun ini tetap tekad untuk ke destinasi yang terletak berpuluh kilometer dari tempat mereka. 





Seorang lelaki yang sedang memandu ternampak dua budak tersebut sedang berjalan kaki pada awal pagi Ahad. Prihatin dengan keselamatan dua budak lelaki itu, dia memberhentikan kenderaannya dan bertanyakan arah tuju mereka. 

Salah seorang budak tersebut menjawab dengan muka yang sedih dan mengundang simpati, "Pakcik boleh tak tolong hantar ke Bukit Jalil, kami nak jumpa mak". Dalam laporan Mstar, lelaki tersebut  menjawab “Jauh dik, pakcik nak pergi tempat kerja ni. Biar pakcik bawa adik ke balai polis dan abang polis tolong hantarkan,” 


Ada dua tiga kereta yang lalu jalan yang sama sebelum saya tapi tidak berhenti. Saya rasa tak sedap hati kerana mereka masih kanak-kanak. Alhamdulillah, saya dah serahkan mereka untuk tindakan lanjut oleh pihak polis,”

Lelaki tersebut, Ahmad Nazri Zainudin telah menghantar mereka ke Balai Polis Saujana Utama untuk tindakan susulan. Setelah penjaga kepada kanak-kanak itu dihubungi, seorang wakil penjaga dari Rumah Aman dari Saujana Utama telah datang mengambil mereka. 

Sehubungan itu, Pengasas Rumah Aman, Abdul Rehman berkata dua budak lelaki itu baru sahaja dimasukkan ke rumah berkenaan kerana dihantar oleh ibu bapa mereka yang tidak berkemampuan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. 

"Mereka mungkin tidak biasa dengan disiplin dan jadual yang telah ditetapkan dan mereka terlepas dari pengawasan kakitangan Rumah Aman" katanya lagi.


No comments:

Post a Comment